Thursday, December 9, 2010

luaran atau dalaman

aku pernah bertanya pada seorang yang boleh dikatakan berilmu juga lah sebab dia yang lead usrah kat tempat aku, kata aku,
orang sekarang pandang pendapat seseorang tu sebab dia berilmu atau sebab tengok luaran dia macam mana?
dan dia dengan jujur menjawab,
ramai sekarang yang melihat luaran.
dia tersenyum. dan aku pasti dia pasti tau kenapa aku bertanya soalan demikian pada dia. sebelum itu ada satu perbincangan berjalan, dan ada perselisishan faham. dan tiba-tiba ada yang menjawab, "abis tu, dah si xxxx tu yang cakap macam tu". dan statement tu dah buatkan semua terdiam sebabnya, statement tu membawa maksud sebab xxx tu yang bertudung labuh cakap, maka cakap dia betul lah, dan kami yang bese-bese ni bercakap even dengan bukti pun tak kan betul sebab kami tak pakai tudung labuh. begitu?

dan peristiwa tu buatkan ramai yang malas nak berkongsi pendapat lagi dengan mereka yang merasakan mereka betul dan memandang kami yang biasa ini macam tak boleh bagi pendapat.

owh, jangan silap faham, aku tak cakap semua yang bertudung labuh tu akan berperangai macam tu ye, mungkin ada segelintir sahaja yang jenis tak nak kalah bila ada yang biasa-biasa memberi pendapat

No comments: