Pagi tadi aku bermimpi menghadiri satu pertandingan pidato atau debat yang mana S adalah hakimnya bersama si boss yang S suka. Tapi realitinya boss tu dah bersara dah. Aku pergi bukan kerana S, tidak tahu pun pertandingan itu anjuran department nya tapi aku cuma pergi dan terkejut juga melihat dia ada.
Ketika pertandingan berlangsung, ada seorang pakcik yang sedang bercerita tentang S. Aku hanya mendengar dan tersenyum dan rupanya pakcik itu mahu menjadikan S sebagai menantunya. Ketika berhenti rehat untuk umumkan keputusan pakcik tersebut datang pada S dan melamar S.
S terkejut. Muka cuak yang sangat comel. Pakcik tersebut berbahasa, "tapi kalau dah ada orang, tak apalah". Dan S sambil menjeling pada aku yang sedang menunggu jawapannya menjawab, "Saya minta maaf pakcik, saya memang dah ada orang". Dan pakcik tersebut berlalu dengan kecewa dan S terduduk lega. Dan kami sempat melihat pada satu sama lain.
Terjaga. Aku tersenyum bila bangun. Tapi itu hanya mimpi. Realitinya S itu jauh untuk aku dapatkan. Hatinya tak mampu untuk aku baca lagi. Tapi S, kalau benar mimpi tersebut, apa maksud jelinganmu pada aku?
No comments:
Post a Comment