dari pagi, ramai yang membuat status "Pilih KLCC", dalam hati aku, "oit, apa ni? ada apa di KLCC?", balik saja dari kelas barulah tahu kisah sebenar. Tapi aku tak nak lah letak video di sini, tapi boleh baca di blog Fynn Jamal ya. Ramai kot yang komen pasal video tu. Pendapat 15 sen aku, walau apa pun kenyataan yang nak dinyatakan, jangan libatkan nama mak ayah. don't simply just said, "mak bapak tak ajar ke?", itu jalan hidup yang mereka berdua pilih, bukan ibu bapa yang menyuruh. Kalau mahu salahkan, letak kan pada mereka, tundingkan jari pada mereka. Tiada kot ibu bapa yang mahu anak mereka buat begitu.Dan yang penting, bagi kita yang melihat video tersebut, belajarlah sesuatu. Jangan ulang apa mereka lakukan. Sebab kita pasti tidak mahu salah yang kita buat itu diceritakan pada orang, dimaki oleh orang lain, dihina, dikutuk hingga jadi sesuatu yang sangat panas kan? Apa-apa pun, semuanya berbalik pada kita. Kita yang tentukan.
Aku pernah buat silap yang hingga sekarang kalau diingat pasti akan buatkan aku rasa nak tumbuk dan lempang diri sendiri. Apa yang ada dalam otak aku masa buat semua tu? but now, aku harap sangat aku tak kan ulang lagi perkara tersebut. Tak mudah untuk aku tinggalkan, tapi aku tahu tak mustahil dan aku tahu aku boleh buat. I'm trying my best to lock my past in the box and don't wanna look at that again.
With His willing, I can do it. :)
No comments:
Post a Comment