sumber - tumblr
Jarang kan kita dengar orang lepas break up boleh jadi kawan semula? most of them mesti dah jadi dua orang yang berbeza yang langsung macam tak pernah saling mengenali. Aku pernah katakan pada seorang kawan,
orang yang marah sekarang ni tu yang pernah buat kau gembira dan tersenyum suatu ketika dahulu. Dan dialah yang kau pernah panggil "Sayang" dahulu.dan aku rasa kerana sebab ini juga ramai orang berfikir 27 kali sebelum decide untuk bercinta dengan kawan rapat sendiri. Kalau ditakdirkan things not going according to the plan, bukan saja hilang buah hati, tapi juga hilang kawan. Sedih kan?
Tapi ada je yang mampu jadi kawan sebenar. dan aku rasa ini kes rare yang berlaku kalau mereka putus bukan sebab salah seorang curang ke apa, tapi putus kerana memang takde spark dah dalam relationship tu. dan masing-masing tak nak ambil risk untuk teruskan relationship tu. hey, spark tu penting kot dalam perhubungan. penambah perisa. bila dah tak jumpa, memang dull je kot hubungan tu.
owh kalau aku kat tempat orang yang jatuh cinta dengan kawan rapat sendiri, aku akan pilih untuk biar je feeling tu. haha. sorry, I'm not a risk taker. lebih pada orang yang mengikut arus.
Kalau ada jodoh, adalah.
Kun Fayakun.

No comments:
Post a Comment