Wednesday, November 17, 2010

Perlu sebab?

source - HERE -

Baru habis membaca 1 entry tentang mengapa dia suka bf dia. dan selepas itu aku berfikir, " habis tu, kalau nanti bf dia dah tak baik, dah tak hardworking, dah tak sayang ke?" Aku tak tau lah kan pandangan orang lain macam mana, tapi bagi aku sayang adalah tanpa sebab. unconditional love. 

Aku bagi contoh aku dan si Adam. dia bukan bf aku, tapi kawan sejak sekolah rendah yang rapat. Dia dan aku simple, masing-masing boleh buat apa-apa saja, dia nak hilang 2-3 minggu tanpa khabar, kemudian tiba-tiba muncul dan ajak lepak kat mamak pun takde hal. Aku tak kan ambil hati dia hilang tak cakap apa, dan dia pun sama. If dah sibuk, tiada masa nak txt or call, masing-masing akan faham. Tapi bila kami berjumpa, dunia itu kami berdua saja. Akan utarakan segala apa yang dah kami ketinggalan.

Tapi aku tak nak lah komen apa-apa kan, entah-entah nanti bila aku bercinta, aku pun cakap, " I love my bf because ....."

Selamat hari raya.:)

No comments: