I think you look more beautiful compare to when we in Uni****aku tersenyum dan hanya mampu menjawab,
hello, itu kan dah bertahun. Mestilah dah berubahpulang untuk berhari raya 2 hari lepas, aktiviti pertama adalah mengemas bilik dan terjumpa gambar ketika zaman Uni****, melihat kembali aku suatu ketika dahulu dan aku ketika sekarang dan tanpa sedar aku tersenyum lagi.
Hey Annesa, kau dah berubah. bukan budak comot lagi.hahaTanpa sedar, sebenarnya kita sebenarnya berubah mengikut arus waktu. mengikut kesesuaian. Kalau dulu hanya tau berbedak Johnson & Johnson, sekarang dah pandai untuk pakai toner, moisturizer dan foundation dahulu. Kalau dahulu hanya tau memakai kasut flat, sekarang kalau bukan heels 2 inci, rasa seperti kaki tak pakai apa-apa. Ok itu contoh saja.
Tapi itu antara fizikal yang boleh dilihat. belum lagi perubahan dalaman yang tak ternampak. Contohnya pegangan hidup, pandangan tentang sesuatu isu, tahap kesabaran dan lain-lain. Percayalah, kalau kau dah bersama dengan seseorang itu pasti kau akan dapat kenal dia macam mana dan dapat lihat semua perubahan tersebut. tapi pinta aku, jangan pernah di komplen pada dia. Terima seadanya. Kalau berubah menjadi teruk, berdoalah dia akan sedar nanti, kalau kearah yang lebih elok, berdoalah semoga kita akan mengikut jejak langkah dia suatu hari nanti. Jangan sesekali menghukum. Kita tak tau mungkin kita juga akan alami perkara yang sama suatu hari nanti.
No comments:
Post a Comment