Tapi, ketika itu 2 minggu dari tarikh dia akan terbang ke negara yang jaraknya 7892.46KM dari Malaysia. Tapi mereka mencuba juga. Kata orang, 3 bulan pertama adalah yang paling sukar. Kalau mampu survive 3 bulan ini, Insya Allah akan dapat survive lah untuk seterusnya. Sukar, tapi mereka mencuba. Si bf akan muncul di YM setiap Jumaat sebelum pergi solat Jumaat. Dan setiap hari, pasti akan cuba untuk berhubung walau pun pendek. Panggilan telefon setiap minggu juga wajib. Dan kadang-kadang akan adanya nota-nota ringkas yang ditinggalkan jika salah seorang tiba-tiba online. Indahnya perasaan ketika itu.
6 bulan kemudian, dia mula berfikir tentang sesuatu apabila si bf seolah-olah sunyi di Malaysia. Tiada teman untuk diajak keluar bersama. Dia sedih melihat si bf ketika itu. Maka dia tidak mahu si bf merasa bersalah jika keluar dengan orang lain, maka dia menyuruh si bf membuat keputusan ketika itu. Memilih antara dia atau pun si perempuan yang dapat temankan si bf dia Malaysia ketika itu. Dan katanya, kalau mahu pilih si perempuan di Malaysia, jangan cakap jawapannya. Cukup sekadar pergi saja dari hidup, jangan hubungi dia lagi dan jangan patah balik. Just walk away...
Bersambung
No comments:
Post a Comment