Dengan kawan baik sendiri. Susahnya situasi ketika itu bila kau nak kekalkan jadi kawan dan dalam masa yang sama kau ada hati kat dia. Kuatnya melawan ketika itu sampailah 2007 sebelum pergi jauh si dia bertanya. Takut bertepuk sebelah tangan, soalan dijawab dengan soalan. Rupanya kami ada rasa yang sama tapi sayangnya aku adalah orang yang terlewat. Dia dah berpunya ketika itu. Tidak mahu sakiti hati perempuan lain, dan terus jadi yang ketiga, aku undur diri. Ajar hati untuk terima yang dia bukan untuk aku. Mahu berkawan semula seperti biasa adalah susah. Aku pilih untuk sibukkan diri dan mula bukakan hati untuk orang lain
kali kedua, 2011
Tidak sedar bila semua terjadi. Kami mula kenal melalui blog sejak 2009. Dia hulurkan salam perkenalan. Lelaki pertama yang buatkan aku rasa selesa selepas lelaki dalam kisah di atas. Kali pertama berjumpa, hati berdegup kencang. Tak pernah membayangkan dia bagaimana, tapi tekaan aku adalah tepat. Dia yang banyak bercakap. Tapi aku tak nampak pun dia punya rasa yang sama pada aku. Dan sekarang dengarnya dia sedang berkenalan dengan seseorang tapi tidaklah aku tanya betul atau tidak. Dengan dia memang beri keselesaan. Tidak ada istilah aku nak marah atau merajuk bila dia abaikan mesej aku. Tapi rasanya aku perlu mula jauhkan diri dari dia supaya hati tidak begitu terluka nanti.
Dua kali jatuh cinta. Dua kali hanya mahu melihat dari jauh. Maaf, aku tak kuat untuk akuinya.
No comments:
Post a Comment