Rasminya dah habis belajar. Maka sekarang menunggu masa untuk dicampak ke mana-mana sahaja. Aku ada sebulan lebih kot untuk melepak-lepak dan menternak lemak di rumah kalau mahu. Semalam ada seorang Junior cakap, "Kawenlah dulu" bila aku cakap aku akan menanam anggur dahulu. Dan aku menjawab, " Kalaulah ada orang yang mahu berkahwin dengan saya bolehlah kahwin".
Jatuh cinta bukan maknanya kau bercinta. Bukan maknanya kau punya orang yang boleh kau rancang masa depan bersama. Perhubungan itu melibatkan dua pihak. Kalau yang satu lagi tidak mahu, perhubungan itu tak kan menjadi kenyataan dan aku tidak mahu berangan untuk perhubungan yang tidak ada itu. Bukan tidak berusaha, tapi mungkin belum masanya.
Mak buat pertama kali berbunyi bila pula giliran aku untuk bercakap tentang perkahwinan sendiri. Bukanlah dia memaksa untuk berkahwin, mungkin sebab dia tak pernah dengar kisah aku dengan sesiapa. Aku budak yang baik yang tak bercinta zaman belajar sebab mak cakap dapat degree dulu baru nak bercinta.
Dan sekarang, mari terus menunggu si tulang rusuk kanan muncul.
No comments:
Post a Comment