Saya masih ingat kamu. Kita berpisah bukan kerana selisih, namun takdir memilih -
Nizam BakeriPertama kali putus cinta 4 tahun yang lepas, bukan kerana aku dan dia bergaduh. Takdir menyebabkan kami memilih untuk bersama lagi walau perasaan sayang tersebut masih ada. Dan mungkin kerana itu, sehingga sekarang kami masih berkawan rapat.It was hard at first. Bayangkan kau masih sayang dia, tapi dia bukan milik kau lagi dan kau perlu ajar diri untuk tidak terus bergantung pada dia. Ayat terakhir perhubungan kami dulu,
Jangan sia-siakan pengorbanan saya.Tapi sekarang, semua perasaan dah tiada. Bukan seperti dahulu lagi. Kami bebas untuk bercerita apa sahaja tapi bukan hal hubungan dia dengan gf dia atau hal hubungan aku dengan si jejaka yang bertakhta di hati sekarang. Aku pernah cakapkan pada dia yang aku sedang jatuh cinta yang hanya dibalas dengan kata "ok...." dan kemudian terus menukar topik perbualan.
Kadang-kadang bila perpisahan berlaku sebab bergaduh atau salah seorang curang, memang susah untuk lupakan. Sebab itu ada yang terus menunggu dan mengharap hubungan terjalin semula. Tapi pendapat aku, kalau kau yang memilih untuk akhirkan perhubungan tersebut, jangan pernah terfikir untuk kembali. Enough is enough. Tak kan ada penyambungnya lagi. Terima dengan redha.
:)
No comments:
Post a Comment