Thursday, November 25, 2010

Nak kaya, jadilah doktor

dua tiga empat hari ni isu yang hangat diperkatakan adalah tentang isu klinik swasta yang charge mahal gile dan macam tak munasabah. Tau lah swasta, tapi kalau setakat ketuk lutut kaki tanpa bagi apa-apa ubat pun keba bayar RM450, masuk akal ke? banyak orang-orang yang dikenakan charge yang banyak ni bercerita di Hot FM pagi tadi. dan aku layan je lah. tapi, bila Encik Dr 1 dan Puan Dr 2 yang masing-masing tak nak dikenali ramai namanya apa bercakap, aku dah angin.


Dey doktor, semua orang tak kisah kalau kau defend yang klinik swasta charge mahal-mahal sebab harga ubat, alatan dan kos klinik tu mahal. Tapi yang angin bila dua-dua doktor bagi alasan, 
" nak jadi seorang doktor ni, kos pembelajarannya mahal. dan kami belajar medic susah. serta kami perlukan ketahanan mental dan fizikal yang sangat kuat untuk berdepan dengan patient dan keluarga patient. "
wow doktor, saya tau pekerjaan anda hebat, tapi yang nak ungkit kos belajar mahal tu kenapa? awak caj kami mahal-mahal sebab nak tampung balik perbelanjaan awak belajar dulu? habis tu, yang doktor-doktor klinik kerajaan tu kos belajar diorang lagi rendah ke??


hujah saya yang kedua- belajar susah ye doktor. habis tu kenapa doktor decide nak ambil medic dulu? bukan ke itu cita-cita doktor. dan doktor, belajar apa yang senang dalam dunia ni? cuba cakap kat saya sikit. kalau tanya budak architecture pun mereka akan cakap architecture tu susah, kena stay up sebab nak siapkan drawing semua. hatta kalau tanya budak yang belajar Math pun diorang akan cakap susah. mana nak hafal segala formula tu. so, mereka pun boleh demand nak charge orang mahal ke doktor?


yang ke-3, semua kerja pun ada cabaran masing-masing. apa kata doktor balik rumah fikir balik kenapa doktor nak jadi at the first place. sebab nak dapat duit banyak ke? atau sebab nak tolong orang lain?


tepuk peha, tanya kaki sendiri lah doktor.

Sunday, November 21, 2010

Love is friendship on fire

sumber - tumblr

Jarang kan kita dengar orang lepas break up boleh jadi kawan semula? most of them mesti dah jadi dua orang yang berbeza yang langsung macam tak pernah saling mengenali. Aku pernah katakan pada seorang kawan, 
orang yang marah sekarang ni tu yang pernah buat kau gembira dan tersenyum suatu ketika dahulu. Dan dialah yang kau pernah panggil "Sayang" dahulu. 
 dan aku rasa kerana sebab ini juga ramai orang berfikir 27 kali sebelum decide untuk bercinta dengan kawan rapat sendiri. Kalau ditakdirkan things not going according to the plan, bukan saja hilang buah hati, tapi juga hilang kawan. Sedih kan?


Tapi ada je yang mampu jadi kawan sebenar. dan aku rasa ini kes rare yang berlaku kalau mereka putus bukan sebab salah seorang curang ke apa, tapi putus kerana memang takde spark dah dalam relationship tu. dan masing-masing tak nak ambil risk untuk teruskan relationship tu. hey, spark tu penting kot dalam perhubungan. penambah perisa. bila dah tak jumpa, memang dull je kot hubungan tu.


owh kalau aku kat tempat orang yang jatuh cinta dengan kawan rapat sendiri, aku akan pilih untuk biar je feeling tu. haha. sorry, I'm not a risk taker. lebih pada orang yang mengikut arus. 


Kalau ada jodoh, adalah.


Kun Fayakun.

Friday, November 19, 2010

Sabar yang nipis

Aku tak pernah tipu orang dengan kata aku manusia yang bersabar. sangatlah tidak ok. aku manusia yang ada 10% je tahap sabar. haha. ok, itu calculation yang aku main hentam je. Tapi selalu marah aku ni cuma dalam hati sebab aku selalu cakap lebih baik diam dari berkata. Nanti kan bergaduh je kerjanya. 


Aku rasa aku cukup pantang dengan orang-orang yang suka nak put the blame on other people. hello, ko dah buat salah, kenapa tak nak admit? kenapa nak jugak cakap salah tu punca dari orang lain walau terang-terang kau yang salah? nak menang ke? fine lah. kau menang lah . aku kalah. aku tak nak cakap apalah. 


ada orang bertanya mana menghilangnya aku. tiada kat WP. tiada kat FB. semuanya sebab hal-hal ni lah. lebih baik orang tak tau pasal aku. dan aku pun tak nak tau pasal sesiapa. fair and square. cukuplah dengan segala ayat, " dah kau yang......".


akhirnya, aku juga yang salah.


tak adil.


:(

Thursday, November 18, 2010

sebab cantik itu subjektif

Ada seorang kawan berkata,
I think you look more beautiful compare to when we in Uni****
aku tersenyum dan hanya mampu menjawab,
hello, itu kan dah bertahun. Mestilah dah berubah
pulang untuk berhari raya 2 hari lepas, aktiviti pertama adalah mengemas bilik dan terjumpa gambar ketika zaman Uni****, melihat kembali aku suatu ketika dahulu dan aku ketika sekarang dan tanpa sedar aku tersenyum lagi.
 Hey Annesa, kau dah berubah. bukan  budak comot lagi.haha
Tanpa sedar, sebenarnya kita sebenarnya berubah mengikut arus waktu. mengikut kesesuaian. Kalau dulu hanya tau berbedak Johnson & Johnson, sekarang dah pandai untuk pakai toner, moisturizer dan foundation dahulu. Kalau dahulu hanya tau memakai kasut flat, sekarang kalau bukan heels 2 inci, rasa seperti kaki tak pakai apa-apa. Ok itu contoh saja.


Tapi itu antara fizikal yang boleh dilihat. belum lagi perubahan dalaman yang tak ternampak. Contohnya pegangan hidup, pandangan tentang sesuatu isu, tahap kesabaran dan lain-lain. Percayalah, kalau kau dah bersama dengan seseorang itu pasti kau akan dapat kenal dia macam mana dan dapat lihat semua perubahan tersebut. tapi pinta aku, jangan pernah di komplen pada dia. Terima seadanya. Kalau berubah menjadi teruk, berdoalah dia akan sedar nanti, kalau kearah yang lebih elok, berdoalah semoga kita akan mengikut jejak langkah dia suatu hari nanti. Jangan sesekali menghukum. Kita tak tau mungkin kita juga akan alami perkara yang sama suatu hari nanti.
 

Wednesday, November 17, 2010

Perlu sebab?

source - HERE -

Baru habis membaca 1 entry tentang mengapa dia suka bf dia. dan selepas itu aku berfikir, " habis tu, kalau nanti bf dia dah tak baik, dah tak hardworking, dah tak sayang ke?" Aku tak tau lah kan pandangan orang lain macam mana, tapi bagi aku sayang adalah tanpa sebab. unconditional love. 

Aku bagi contoh aku dan si Adam. dia bukan bf aku, tapi kawan sejak sekolah rendah yang rapat. Dia dan aku simple, masing-masing boleh buat apa-apa saja, dia nak hilang 2-3 minggu tanpa khabar, kemudian tiba-tiba muncul dan ajak lepak kat mamak pun takde hal. Aku tak kan ambil hati dia hilang tak cakap apa, dan dia pun sama. If dah sibuk, tiada masa nak txt or call, masing-masing akan faham. Tapi bila kami berjumpa, dunia itu kami berdua saja. Akan utarakan segala apa yang dah kami ketinggalan.

Tapi aku tak nak lah komen apa-apa kan, entah-entah nanti bila aku bercinta, aku pun cakap, " I love my bf because ....."

Selamat hari raya.:)

Monday, November 15, 2010

Aku atau KLCC?

dari pagi, ramai yang membuat status "Pilih KLCC", dalam hati aku, "oit, apa ni? ada apa di KLCC?", balik saja dari kelas barulah tahu kisah sebenar. Tapi aku tak nak lah letak video di sini, tapi boleh baca di blog Fynn Jamal ya. Ramai kot yang komen pasal video tu. Pendapat 15 sen aku, walau apa pun kenyataan yang nak dinyatakan, jangan libatkan nama mak ayah. don't simply just said, "mak bapak tak ajar ke?", itu jalan hidup yang mereka berdua pilih, bukan ibu bapa yang menyuruh. Kalau mahu salahkan, letak kan pada mereka, tundingkan jari pada mereka. Tiada kot ibu bapa yang mahu anak mereka buat begitu.Dan yang penting, bagi kita yang melihat video tersebut, belajarlah sesuatu. Jangan ulang apa mereka lakukan. Sebab kita pasti tidak mahu salah yang kita buat itu diceritakan pada orang, dimaki oleh orang lain, dihina, dikutuk hingga jadi sesuatu yang sangat panas kan? Apa-apa pun, semuanya berbalik pada kita. Kita yang tentukan.


Aku pernah buat silap yang hingga sekarang kalau diingat pasti akan buatkan aku rasa nak tumbuk dan lempang diri sendiri. Apa yang ada dalam otak aku masa buat semua tu? but now, aku harap sangat aku tak kan ulang lagi perkara tersebut. Tak mudah untuk aku tinggalkan, tapi aku tahu tak mustahil dan aku tahu aku boleh buat. I'm trying my best to lock my past in the box and don't wanna look at that again.


With His willing, I can do it. :)

Sunday, November 14, 2010

Ending. Start again.

source - HERE -

Bertukar blog setiap tahun macam dah jadi perkara wajib bagi aku kot. paling lama bertahan 2 tahun je kot untuk stick pada blog yang sama. Dan reason untuk lari dari kehidupan blog yang lama adalah sebab aku lari dari orang-orang yang membaca kisah hidup aku. Enough lah kenal aku sikit-sikit. Enough lah orang-orang terdekat baca apa aku tulis setiap hari, sekarang aku nak lancarkan misi anonymous writer secara jayanya. Dulu dah pernah buat, tapi terkantoi dan aku malas nak teruskan walau tak bagi effect apa pun.

Dan aku rindu kot nak guna blogspot ni. Setahun guna WP, aku tak ada komen pun pasal WP, tapi mari kita bertukar.sebab hidup ini kadang-kadang perlu buat perubahan mengikut arus kehidupan, kalau tidak kau still kat tempat yang sama, tak move on langsung, dan bertahun-tahunlah kau berpegang pada perkara yang patut kau dah lama buang dalam hidup.

Aku tak cakap dengan bertukar blog, atau delete blog dan buat baru, kau dapat lari kehidupan masa lepas sebab hidup ni tiada butang DELETE, PAUSE, FORWARD, NEXT, PLAY dan segalanya. Memori tu tetap ada melainkan kalau kau dah hilang ingatan or kena Alzheimer lah kan. Tapi sekurang-kurangnya buatlah effort sikit untuk ubah kehidupan dan belajar move on dengan tak terus tengok pada masa lepas.

Maka, good luck Annesa untuk kehidupan di sini. Kau yang pilih untuk ada di sini. :)