Thursday, September 22, 2011

Terima kasih

Ada satu malam-malam yang tiba-tiba tak dapat tidur setelah melepasi waktu tidur sebenar. Seorang kawan bertanya,
Sleeping problem or missing someone?
Terkejut dengan soalan tersebut dan aku menjawab, "Missing someone :)". Selepas itu aku menghantar satu pesanan ringkas pada dia, "Awak dah tidur?" Tak tahu lah apa yang aku fikirkan menghantar pesanan pada jam 2 pagi kepada dia. Nak undo pun dah tak boleh kan. Redha je lah.

2 malam lepas pula hati tak tenang kerana ada masalah. Sama juga, tak dapat tidur tapi kali ini bukan pesanan ringkas yang dihantar tapi satu mesej di FB, tapi nak dijadikan cerita, at the end of the message aku menulis, "Awak, cepatlah bangun".

Memang minggu ni 2 3 kali agaknya ada yang nak hempuk kepala sendiri kat dinding. Tak tahu apa yang difikirkan bila menulis semua pesanan tersebut. Mungkin tindakan luar kawalan.

Tapi, terima kasih awak kerana sudi melayan.

Saturday, September 17, 2011

Kurang gemar

Satu perkara yang aku kurang gemar adalah apabila ada yang sebarkan apa yang aku tulis tanpa kebenaran dahulu. Aku tahu ini adalah harga yang perlu dibalas bila menulis, tapi bukankah sesiapa yang membaca tahu yang aku bukanlah mahu satu dunia tahu yang aku menulis di situ.

Tambahan bila yang aku tulis adalah berkaitan seseorang. Dan ia diberi pada seseorang tersebut. Tak kan lah nak kena private kan blog pula kan hanya kerana ketidakselesaan tersebut? Penatlah begini.

Nak marah kawan sendiri. Tapi yang dah berlaku tak boleh undo semula.

Wednesday, September 14, 2011

Abang

Ada orang pernah kata, untunglah kalau ada seorang yang tak pernah jemu dengar kita bercakap walau banyaknya adalah merapu. Aku ada kawan yang begitu. Aku membebel lah apa saja walau pasal isu yang kecil mahu pun besar, dia tu dengar je lah dengan redha nya. Tak pernah lagi dia suruh aku stop bercakap.

Dan seorang lagi pula adalah yang selalu berikan pendapat tentang sebarang permasalahan yang aku hadapi. Pendapat dari seorang yang lebih tua. Mungkin ada yang bertanya kenapa aku tak panggil dia as "Abang". Jawapannya, entah. dari awal kenal memang bukan begitu, bukan kah yang penting aku tunjukkan rasa hormat pada dia sebagai yang lebih tua walau tanpa panggilan abang tersebut?

Hidup tanpa masalah seperti air tanpa gula rasanya. Tiada kemanisan yang mampu buat kita tersenyum bila mengingatinya di masa hadapan. Tapi kalau asyik menyangka masalah itu seperti pahitnya kopi, bila diingat kembali pun akan terus menggeleng kepala tidak mahu merasainya lagi.

:)

Monday, September 5, 2011

Masalah

Dua tiga hari ini orang bercerita tentang mereka tak nak dah terlalu expose kan diri kat blog sebab nanti dijadikan bahan oleh orang lain pula. Yalah, ada kala yang baca tu jenis baca separuh jalan, dan separuh lagi buat kesimpulan sendiri. Pastu mula timbul macam-macam beritanya dan kalau yang jenis dikenali, tak senanglah hidup di luar kalau terlebih glamer.

Aku pernah ceritakan pada S yang aku pun dah takut untuk letak gambar muka di blog. Maka kerana itu aku mula berhenti, semuanya dah masuk draft kembali dan sekarang aku memang dah ucap selamat tinggal di blog tersebut. Enough lah aku menulis dan kisahnya diketahui orang. Siapa nak tahu kisah aku, pandai-pandailah cari aku sendiri dan bukannya blog. Semasa proses nak draft kan kembali semua entry tempoh hari, terfikir juga, " Alamak, bagaimana kalau ada orang dah save gambar aku?". Hehehe bajet kau ada peminat ke kak? Doa je lah banyak-banyak tidak akan ada apa perkara buruk yang terjadi. Amin.:)

Sekarang asyik mendengar kisah masalah kawan-kawan yang berpangkat adik pada aku. Cehh aku pandai je nak bagi nasihat pada orang, masalah aku, konflik dalaman aku, kekacauan emosi aku tak pernah setel pun. Mungkin perlu berhenti bercerita sehingga ada solusinya.

Maka dengan ini, mari kembali merepek seperti dahulu kala.

Thursday, September 1, 2011

Mimpi

Pagi tadi aku bermimpi menghadiri satu pertandingan pidato atau debat yang mana S adalah hakimnya bersama si boss yang S suka. Tapi realitinya boss tu dah bersara dah. Aku pergi bukan kerana S, tidak tahu pun pertandingan itu anjuran department nya tapi aku cuma pergi dan terkejut juga melihat dia ada.

Ketika pertandingan berlangsung, ada seorang pakcik yang sedang bercerita tentang S. Aku hanya mendengar dan tersenyum dan rupanya pakcik itu mahu menjadikan S sebagai menantunya. Ketika berhenti rehat untuk umumkan keputusan pakcik tersebut datang pada S dan melamar S.

S terkejut. Muka cuak yang sangat comel. Pakcik tersebut berbahasa, "tapi kalau dah ada orang, tak apalah". Dan S sambil menjeling pada aku yang sedang menunggu jawapannya menjawab, "Saya minta maaf pakcik, saya memang dah ada orang". Dan pakcik tersebut berlalu dengan kecewa dan S terduduk lega. Dan kami sempat melihat pada satu sama lain.

Terjaga. Aku tersenyum bila bangun. Tapi itu hanya mimpi. Realitinya S itu jauh untuk aku dapatkan. Hatinya tak mampu untuk aku baca lagi. Tapi S, kalau benar mimpi tersebut, apa maksud jelinganmu pada aku?