Monday, December 13, 2010

2 to 4 years

Tiba-tiba peristiwa malam tersebut datang semula. Tak,aku tak pernah menyesal cuma kadang-kadang aku berharap semuanya tak pernah terjadi. Biar semua tetap menjadi rahsia kita sahaja.sigh.masa tak kan undur lagi

Thursday, December 9, 2010

Belajar terima pendapat orang

Sepanjang pemerhatian aku, aku dapat rasa yang ada certain orang ni yang pandai bercakap, dan bila ada orang suka apa yang dia cakapkan, mulalah jadi tak nak terima pendapat orang terutama dari orang luar walau kadang-kadang orang luar tu nak perbetulkan apa yang dia cakapkan saja. ye lah, kalau bijak sangat bercakap, mesti lah dah pandai buat research kan untuk cari fakta yang betul. tapi perlu diingat, tak semua fakta yang ada di internet tu betul sebenarnya, dan kadang-kadang mungkin tak terjumpa fakta yang salah, bila ada orang nak betulkan, kau melenting pula. apakah??

dan macam seorang kawan aku cakap, mungkin kita semua ini punya pandangan yang berbeza. Contohnya sebaris ayat, kalau digunakan beberapa intonasi yang berbeza pasti akan membawa maksud yang berbeza. maka, untuk atasi masalah perbezaan pendapat ini, apa kata kau buka hati kau untuk terima pendapat orang dan kau kaji semula apa yang dia cakapkan sebelum kau tolak bulat-bulat. 

Entah. susah kot nak bercakap dengan orang yang asyik nak betul.

luaran atau dalaman

aku pernah bertanya pada seorang yang boleh dikatakan berilmu juga lah sebab dia yang lead usrah kat tempat aku, kata aku,
orang sekarang pandang pendapat seseorang tu sebab dia berilmu atau sebab tengok luaran dia macam mana?
dan dia dengan jujur menjawab,
ramai sekarang yang melihat luaran.
dia tersenyum. dan aku pasti dia pasti tau kenapa aku bertanya soalan demikian pada dia. sebelum itu ada satu perbincangan berjalan, dan ada perselisishan faham. dan tiba-tiba ada yang menjawab, "abis tu, dah si xxxx tu yang cakap macam tu". dan statement tu dah buatkan semua terdiam sebabnya, statement tu membawa maksud sebab xxx tu yang bertudung labuh cakap, maka cakap dia betul lah, dan kami yang bese-bese ni bercakap even dengan bukti pun tak kan betul sebab kami tak pakai tudung labuh. begitu?

dan peristiwa tu buatkan ramai yang malas nak berkongsi pendapat lagi dengan mereka yang merasakan mereka betul dan memandang kami yang biasa ini macam tak boleh bagi pendapat.

owh, jangan silap faham, aku tak cakap semua yang bertudung labuh tu akan berperangai macam tu ye, mungkin ada segelintir sahaja yang jenis tak nak kalah bila ada yang biasa-biasa memberi pendapat

Wednesday, December 8, 2010

Tunang tak ubah apa-apa pun

aku teringat perbualan seorang housemate aku, dia bercerita yang bila dan sampai LCCT, tunang dia yang hantar balik rumah kat Melaka, dan kenyataan dia dah buatkan seorang lagi housemate aku berkata,
wahh, bagusnya. sweet gile
dan aku masa tu dalam otak berfikir, adakah sebab mereka ada ikatan "tunang" tu membuatkan housemate aku tu cakap macam tu. habis tu, kalau aku yang takde tunang ni cakap nanti bila sampai Kuantan, kawan lelaki aku yang akan hantar balik Terengganu, tak kan ada ayat "bagusnya dia hantar balik", macam tu ke?

Kadang-kadang aku rasa segelintir masyarakat akan berfikir macam tu. kalau kau belum ada ikatan Tunang tu, contohnya kau hanya ada kawan baik lelaki, atau pun boyfriend saja, kau akan dipandang semacam dan bercakap bila kau cakap kau keluar dengan dia. tapi, bila je kau bertunang, orang akan senyap dan akan keluar ayat, " takpelah, kan tunang dia"

WT Fish kan. tunang tu bukan ukuran pun sebenarnya. tunang tak dapat halalkan apa-apa pun lagi. kenapa nak buat statement macam tu pula.tunang tu cuma up 1 level je pun, sebagai tanda dah di "book" orang, so takdelah orang boleh masuk "line" pula.