Tuesday, May 31, 2011

Jangan pernah berubah

Sambungan...

Bak persoalan Asmara tadi, " Kenapa kita ditakdirkan untuk menyayangi tapi bukan untuk bersama?". Itulah yang terjadi pada kisah dia dan kawan baik. Jawapan yang telah diduga cuma reaksinya berlainan. Si bf tidak mahu mereka terus putus tanpa khabar. Biarlah mereka seperti biasa walau si bf memilih untuk bersama dengan yang lain. Peritnya ketika itu. Tapi hati perlu juga kuat. Kalau sayang bagaimana pun, bukan bermakna akan dapat bersama. :)

Fast forward, sekarang sudah 4 tahun selepas peristiwa dahulu. Dia juga sudah kembali ke tanah air. Dan mereka masih sama seperti dahulu. Masih boleh bergelak ketawa bersama-sama seolah-olah tidak pernah ada apa berlaku antara mereka. Ada kala terkeluar cerita tentang kisah mereka, tapi tiada kesedihan, cuma mengingat kisah lama.

Beberapa hari lepas si ex-bf bercerita tentang masalah dia yang tidak tahan dengan LDR. Yang terkejutnya bila si ex-bf cakap, " Ini karma kan wak?". Dia terdiam tidak menjawab. Mengiya atau menidakkan. Cuma terkenang kembali saja apa yang pernah terjadi.

Karma..mungkin. Tapi dia tetap doakan yang terbaik untuk si dia yang pernah bertakhta di hati. Jangan jadikan pengorbanan saya dulu sia-sia wak. Bahagialah, jangan pilih jalan derita.

Hubungan jarak jauh

5 tahun dulu, dia jatuh cinta dengan kawan baiknya sendiri. Tidak merancang pun untuk jatuh cinta, dan melawan perasaan ketika itu adalah amat sukar. Setahun selepas itu jejaka yang diminatinya mengaku sukakan dia juga. Ketika itu terasa diri berada diawangan. Siapa tidak suka bila orang yang dicintai selama ini punya perasaan yang sama juga.

Tapi, ketika itu 2 minggu dari tarikh dia akan terbang ke negara yang jaraknya 7892.46KM dari Malaysia. Tapi mereka mencuba juga. Kata orang, 3 bulan pertama adalah yang paling sukar. Kalau mampu survive 3 bulan ini, Insya Allah akan dapat survive lah untuk seterusnya. Sukar, tapi mereka mencuba. Si bf akan muncul di YM setiap Jumaat sebelum pergi solat Jumaat. Dan setiap hari, pasti akan cuba untuk berhubung walau pun pendek. Panggilan telefon setiap minggu juga wajib. Dan kadang-kadang akan adanya nota-nota ringkas yang ditinggalkan jika salah seorang tiba-tiba online. Indahnya perasaan ketika itu.

6 bulan kemudian, dia mula berfikir tentang sesuatu apabila si bf seolah-olah sunyi di Malaysia. Tiada teman untuk diajak keluar bersama. Dia sedih melihat si bf ketika itu. Maka dia tidak mahu si bf merasa bersalah jika keluar dengan orang lain, maka dia menyuruh si bf membuat keputusan ketika itu. Memilih antara dia atau pun si perempuan yang dapat temankan si bf dia Malaysia ketika itu. Dan katanya, kalau mahu pilih si perempuan di Malaysia, jangan cakap jawapannya. Cukup sekadar pergi saja dari hidup, jangan hubungi dia lagi dan jangan patah balik. Just walk away...

Bersambung

Friday, May 27, 2011

Tempoh bukanlah faktornya

Korang pernah alami tak situasi bila korang buat silap, dan korang bercerita pada someone tapi bukanlah korang nak orang tu marah semula sebab buat silap, tapi korang cuma nak bercerita tanpa di judge? Dan korang pernah tak rasa sakitnya hati bukan sebab silap yang korang buat tu, tapi hati lebih sakit bila orang yang korang bercerita tu yang marah korang tanpa tahu kisah sebenarnya? Dan buatkan korang rasa guilty gile?

Aku pernah ceritakan pada seorang kawan bila dia bertanya antara A dan B, siapa yang jadi pilihan sebenarnya. Si A adalah orang yang dah berbelas tahun kenal, dan memang rapat, yang sanggup buat apa saja lah. Dan Si B pula yang baru kenal 2 tahun, rapat juga. Dan aku katakan pada kawan aku, antara mereka berdua, aku pilih B walaupun baru kenal. Sebabnya hanya satu, B buatkan aku selesa bercerita tanpa di adili. Dan B tak pernah buatkan keadaan aku yang teruk menjadi lebih teruk.

Contohnya, pernah terjadi satu ketika aku termakan kek yang dah berkulat tanpa aku sedari. Dah nak makan sampai habis kot baru ternampak ada kulat kat bahagian bawah cheese tu. Aku ceritakan pada kedua-duanya tentang hal itu. Dan ini respon dari kedua-duanya,
A - " Kenapa tsk check dulu sebelum makan? Ish awak ni, lain kali hati-hati dulu"
B - " Kulat pun nak hidup dalam perut awak.hahaha"
Nampak tak perbezaan kedua-dua respon tersebut. Bila kau buat silap, memang pasti kau bukan mahu orang buatkan kau rasa bersalah lagi. Cukuplah dengan rasa bersalah yang kau dah ada tu, jangan tambah lagi. Kalau kau tak boleh nak selesaikan masalah yang dah terjadi, jangan tambahkan lagi.

So itulah sebab kenapa kalau diberi pilihan aku akan pilih B.

Thursday, May 26, 2011

Tulang rusuk kanan

Rasminya dah habis belajar. Maka sekarang menunggu masa untuk dicampak ke mana-mana sahaja. Aku ada sebulan lebih kot untuk melepak-lepak dan menternak lemak di rumah kalau mahu. Semalam ada seorang Junior  cakap, "Kawenlah dulu" bila aku cakap aku akan menanam anggur dahulu. Dan aku menjawab, " Kalaulah ada orang yang mahu berkahwin dengan saya bolehlah kahwin".

Jatuh cinta bukan maknanya kau bercinta. Bukan maknanya kau punya orang yang boleh kau rancang masa depan bersama. Perhubungan itu melibatkan dua pihak. Kalau yang satu lagi tidak mahu, perhubungan itu tak kan menjadi kenyataan dan aku tidak mahu berangan untuk perhubungan yang tidak ada itu. Bukan tidak berusaha, tapi mungkin belum masanya.

Mak buat pertama kali berbunyi bila pula giliran aku untuk bercakap tentang perkahwinan sendiri. Bukanlah dia memaksa untuk berkahwin, mungkin sebab dia tak pernah dengar kisah aku dengan sesiapa. Aku budak yang baik yang tak bercinta zaman belajar sebab mak cakap dapat degree dulu baru nak bercinta.

Dan sekarang, mari terus menunggu si tulang rusuk kanan muncul.

Tuesday, May 17, 2011

Takdir

Saya masih ingat kamu. Kita berpisah bukan kerana selisih, namun takdir memilih -
Nizam Bakeri
 Pertama kali putus cinta 4 tahun yang lepas, bukan kerana aku dan dia bergaduh. Takdir menyebabkan kami memilih untuk bersama lagi walau perasaan sayang tersebut masih ada. Dan mungkin kerana itu, sehingga sekarang kami masih berkawan rapat.It was hard at first. Bayangkan kau masih sayang dia, tapi dia bukan milik kau lagi dan kau perlu ajar diri untuk tidak terus bergantung pada dia. Ayat terakhir perhubungan kami dulu,
Jangan sia-siakan pengorbanan saya.
Tapi sekarang, semua perasaan dah tiada. Bukan seperti dahulu lagi. Kami bebas untuk bercerita apa sahaja tapi bukan hal hubungan dia dengan gf dia atau hal hubungan aku dengan si jejaka yang bertakhta di hati sekarang. Aku pernah cakapkan pada dia yang aku sedang jatuh cinta yang hanya dibalas dengan kata "ok...." dan kemudian terus menukar topik perbualan.

Kadang-kadang bila perpisahan berlaku sebab bergaduh atau salah seorang curang, memang susah untuk lupakan. Sebab itu ada yang terus menunggu dan mengharap hubungan terjalin semula. Tapi pendapat aku, kalau kau yang memilih untuk akhirkan perhubungan tersebut, jangan pernah terfikir untuk kembali. Enough is enough. Tak kan ada penyambungnya lagi. Terima dengan redha.

:)

Saturday, May 14, 2011

Pelik

Kita namakan dia sebagai H. Yang sudah mula dikenali sejak 4 tahun yang lalu tetapi 4 tahun tak mampu membuka hati aku pada dia walau dia sudah beberapa kali mencuba. Aku tidak begitu punya rasa percaya pada dia. Setakat menjadi teman bersembang itu tidak mengapalah tetapi bukan lebih dari itu.

Beberapa hari lepas dia menghantar mesej dan menyuruh mendengar sebuah lagu Indon yang kononnya sedang hot sekarang. Lagu yang berkisar tentang hubungan percintaan jarak jauh. Dia katakan pada aku yang aku pasti sukakan lagu tersebut. Tapi balas aku, kalau 4 tahun lepas kita zaman tidak berada di bumi Malaysia mungkinlah lagu itu jadi favourite song aku, tapi bukan sekarang. Aku dah kembali di Malaysia. Bila rindu, boleh call dan txt tanpa perlu kira perbezaan waktu lagi.

Dan selepas itu dia terus bercakap yang dia tengah rindukan seseorang dan Insya Allah akan bertunang dengan gadis tersebut tahun hadapan. Respon aku ketika itu, " Eyh tiba-tiba ada si gadis ni pula". Iyelah, sebelum ni dia bercerita tentang dia menunggu seorang gadis lain, tapi sekarang dengan yang lain pula yang langsung tak pernah bercerita. Dan aku dengan gembira ucapkan tahniah pada dia. Kalau kau rasa itu mampu buatkan aku jeles, silaplah sebab dalam hati aku ada yang lain.

Tapi pelik betul aku lelaki ni. Kenapa nak gunakan cerita dengan perempuan lain untuk uji hati aku sedangkan kau sendiri dah tahu aku secara terangnya dah cakap hati aku untuk orang lain. Takpelah wahai lelaki, aku doakan kau bahagia dengan si gadis yang kau ceritakan itu. :)

Wednesday, May 11, 2011

Jatuh cinta

Kali pertama, 2005
Dengan kawan baik sendiri. Susahnya situasi ketika itu bila kau nak kekalkan jadi kawan dan dalam masa yang sama kau ada hati kat dia. Kuatnya melawan ketika itu sampailah 2007 sebelum pergi jauh si dia bertanya. Takut bertepuk sebelah tangan, soalan dijawab dengan soalan. Rupanya kami ada rasa yang sama tapi sayangnya aku adalah orang yang terlewat. Dia dah berpunya ketika itu. Tidak mahu sakiti hati perempuan lain, dan terus jadi yang ketiga, aku undur diri. Ajar hati untuk terima yang dia bukan untuk aku. Mahu berkawan semula seperti biasa adalah susah. Aku pilih untuk sibukkan diri dan mula bukakan hati untuk orang lain

kali kedua, 2011
Tidak sedar bila semua terjadi. Kami mula kenal melalui blog sejak 2009. Dia hulurkan salam perkenalan. Lelaki pertama yang buatkan aku rasa selesa selepas lelaki dalam kisah di atas. Kali pertama berjumpa, hati berdegup kencang. Tak pernah membayangkan dia bagaimana, tapi tekaan aku adalah tepat. Dia yang banyak bercakap. Tapi aku tak nampak pun dia punya rasa yang sama pada aku. Dan sekarang dengarnya dia sedang berkenalan dengan seseorang tapi tidaklah aku tanya betul atau tidak. Dengan dia memang beri keselesaan. Tidak ada istilah aku nak marah atau merajuk bila dia abaikan mesej aku. Tapi rasanya aku perlu mula jauhkan diri dari dia supaya hati tidak begitu terluka nanti.

Dua kali jatuh cinta. Dua kali hanya mahu melihat dari jauh. Maaf, aku tak kuat untuk akuinya.