Sunday, December 18, 2011

Perasaan apakah ini?

Bila keputusan untuk lari dan membunuh perasaan tersebut, aku dan dia semakin rapat. Kadang-kadang terfikir, "Tuhan, dugaan apa yang mahu aku lalui ini?". Tapi kali ini lebih baik dari sebelumnya. Tidaklah terus tenggelam dalam perasaan sendiri, cuma kadang-kadang angin monsun rindu itu menjelma. Angin berangan mahu habiskan sisa hidup bersama. Tapi cepat saja untuk kembali ke dunia realiti.

Hari ini dia ke luar negeri. Lebih tepat ke Malaysia Barat. Ada kerja yang perlu diselesaikan dalam beberapa hari. Pemergian yang dihantar oleh seorang kawan perempuannya. Tidak tahu apa perhubungan mereka. Bagi aku agak rapatlah kot. Situasi inilah yang sering buatkan aku terasa kecilnya diri.

Enggang terbang sama enggang. Mana mungkin pipit dapat terbang bersama
Kalaulah dapat dilihat apa terjadi di masa hadapan, mungkin kita tidak menjadi orang mensia-siakan peluang yang ada di depan mata kan?

Monday, November 14, 2011

Pengakhiran

Apa yang terjadi bukan seperti dalam gambar. Imaginasi aku sahaja begitu. Aku bukan yang berani untuk berterus terang.

Kata aku pada seorang kawan, aku terlalu penat bermain dengan perasaan ini untuk dua tahun ini. Setahun dia menjadi perkara dalam hidup tanpa pernah orang tahu, dan setahun lagi dia menjadi fenomena dalam kehidupan aku bila dia tiba-tiba muncul. Kemunculan yang menimbulkan tanda tanya ramai orang.

Satu perkara yang dia dan orang lain tidak tahu, aku sukakan dia sebelum aku berjumpa dengan dia lagi. Ketika itu sukakan insan disebalik kata-kata yang diucapkan. Dia yang mampu aku tersenyum seorang diri di hadapan laptop setiap kali membaca kiriman yang dihantar. Aku bukan sukakah dia kerana rupanya, atau kerjanya. Tapi kerana dia itu sendiri.

Tapi aku merasakan kami seperti enggang dan pipit. Kami tak mampu terbang bebas bersama. Dia berada terlalu tinggi untuk aku capai, dan aku hanya insan kerdil yang dilihatnya dari atas sana.

Akhirnya, aku mahu buang perasaan ini. Biar patah hati sekarang daripada aku terus menyubur perasaan dan akhirnya lukanya makin parah. Sekarang pun lukanya sudah parah.

Pernah terfikir kalau dia tanya pada aku siapa penyebabnya, mahu saja dijawab "Awaklah orangnya". Tapi itu sekadar dalam fikiran. Di mulutnya aku hanya mampu terdiam dan berpura tersenyum.

Thursday, October 20, 2011

Sebulan

Hampir sebulan tidak menulis rupanya. Sebulan yang memenatkan. Ketahanan mental dan emosi yang kuat diperlukan walau adakalanya aku sendiri kalah. Tapi terima kasih tuhan kerana berikan orang-orang yang tak pernah jemu untuk ada bersama-sama walau ada kala aku seperti berada pada titik bawah kehidupan.

Secara rasminya sudah mula bekerja sejak 3 Oktober lalu. Pada dia pernah aku janjikan untuk belanja makan bila menerima gaji pertama. Tapi, adakah ada masa untuk kami berdua bertemu lagi?

Cuba untuk tidak bermain dengan hal hati dan perasaan lagi. Nantikan diri sendiri yang terbakar.

Thursday, September 22, 2011

Terima kasih

Ada satu malam-malam yang tiba-tiba tak dapat tidur setelah melepasi waktu tidur sebenar. Seorang kawan bertanya,
Sleeping problem or missing someone?
Terkejut dengan soalan tersebut dan aku menjawab, "Missing someone :)". Selepas itu aku menghantar satu pesanan ringkas pada dia, "Awak dah tidur?" Tak tahu lah apa yang aku fikirkan menghantar pesanan pada jam 2 pagi kepada dia. Nak undo pun dah tak boleh kan. Redha je lah.

2 malam lepas pula hati tak tenang kerana ada masalah. Sama juga, tak dapat tidur tapi kali ini bukan pesanan ringkas yang dihantar tapi satu mesej di FB, tapi nak dijadikan cerita, at the end of the message aku menulis, "Awak, cepatlah bangun".

Memang minggu ni 2 3 kali agaknya ada yang nak hempuk kepala sendiri kat dinding. Tak tahu apa yang difikirkan bila menulis semua pesanan tersebut. Mungkin tindakan luar kawalan.

Tapi, terima kasih awak kerana sudi melayan.

Saturday, September 17, 2011

Kurang gemar

Satu perkara yang aku kurang gemar adalah apabila ada yang sebarkan apa yang aku tulis tanpa kebenaran dahulu. Aku tahu ini adalah harga yang perlu dibalas bila menulis, tapi bukankah sesiapa yang membaca tahu yang aku bukanlah mahu satu dunia tahu yang aku menulis di situ.

Tambahan bila yang aku tulis adalah berkaitan seseorang. Dan ia diberi pada seseorang tersebut. Tak kan lah nak kena private kan blog pula kan hanya kerana ketidakselesaan tersebut? Penatlah begini.

Nak marah kawan sendiri. Tapi yang dah berlaku tak boleh undo semula.

Wednesday, September 14, 2011

Abang

Ada orang pernah kata, untunglah kalau ada seorang yang tak pernah jemu dengar kita bercakap walau banyaknya adalah merapu. Aku ada kawan yang begitu. Aku membebel lah apa saja walau pasal isu yang kecil mahu pun besar, dia tu dengar je lah dengan redha nya. Tak pernah lagi dia suruh aku stop bercakap.

Dan seorang lagi pula adalah yang selalu berikan pendapat tentang sebarang permasalahan yang aku hadapi. Pendapat dari seorang yang lebih tua. Mungkin ada yang bertanya kenapa aku tak panggil dia as "Abang". Jawapannya, entah. dari awal kenal memang bukan begitu, bukan kah yang penting aku tunjukkan rasa hormat pada dia sebagai yang lebih tua walau tanpa panggilan abang tersebut?

Hidup tanpa masalah seperti air tanpa gula rasanya. Tiada kemanisan yang mampu buat kita tersenyum bila mengingatinya di masa hadapan. Tapi kalau asyik menyangka masalah itu seperti pahitnya kopi, bila diingat kembali pun akan terus menggeleng kepala tidak mahu merasainya lagi.

:)

Monday, September 5, 2011

Masalah

Dua tiga hari ini orang bercerita tentang mereka tak nak dah terlalu expose kan diri kat blog sebab nanti dijadikan bahan oleh orang lain pula. Yalah, ada kala yang baca tu jenis baca separuh jalan, dan separuh lagi buat kesimpulan sendiri. Pastu mula timbul macam-macam beritanya dan kalau yang jenis dikenali, tak senanglah hidup di luar kalau terlebih glamer.

Aku pernah ceritakan pada S yang aku pun dah takut untuk letak gambar muka di blog. Maka kerana itu aku mula berhenti, semuanya dah masuk draft kembali dan sekarang aku memang dah ucap selamat tinggal di blog tersebut. Enough lah aku menulis dan kisahnya diketahui orang. Siapa nak tahu kisah aku, pandai-pandailah cari aku sendiri dan bukannya blog. Semasa proses nak draft kan kembali semua entry tempoh hari, terfikir juga, " Alamak, bagaimana kalau ada orang dah save gambar aku?". Hehehe bajet kau ada peminat ke kak? Doa je lah banyak-banyak tidak akan ada apa perkara buruk yang terjadi. Amin.:)

Sekarang asyik mendengar kisah masalah kawan-kawan yang berpangkat adik pada aku. Cehh aku pandai je nak bagi nasihat pada orang, masalah aku, konflik dalaman aku, kekacauan emosi aku tak pernah setel pun. Mungkin perlu berhenti bercerita sehingga ada solusinya.

Maka dengan ini, mari kembali merepek seperti dahulu kala.

Thursday, September 1, 2011

Mimpi

Pagi tadi aku bermimpi menghadiri satu pertandingan pidato atau debat yang mana S adalah hakimnya bersama si boss yang S suka. Tapi realitinya boss tu dah bersara dah. Aku pergi bukan kerana S, tidak tahu pun pertandingan itu anjuran department nya tapi aku cuma pergi dan terkejut juga melihat dia ada.

Ketika pertandingan berlangsung, ada seorang pakcik yang sedang bercerita tentang S. Aku hanya mendengar dan tersenyum dan rupanya pakcik itu mahu menjadikan S sebagai menantunya. Ketika berhenti rehat untuk umumkan keputusan pakcik tersebut datang pada S dan melamar S.

S terkejut. Muka cuak yang sangat comel. Pakcik tersebut berbahasa, "tapi kalau dah ada orang, tak apalah". Dan S sambil menjeling pada aku yang sedang menunggu jawapannya menjawab, "Saya minta maaf pakcik, saya memang dah ada orang". Dan pakcik tersebut berlalu dengan kecewa dan S terduduk lega. Dan kami sempat melihat pada satu sama lain.

Terjaga. Aku tersenyum bila bangun. Tapi itu hanya mimpi. Realitinya S itu jauh untuk aku dapatkan. Hatinya tak mampu untuk aku baca lagi. Tapi S, kalau benar mimpi tersebut, apa maksud jelinganmu pada aku?

Sunday, August 28, 2011

Atas restu Dia.



Semoga jadi kenyataan. Dalam The Secret cakap, kalau kita nak sesuatu, kena berdoa semoga semakin dekat supaya cas positif antara kita dan apa yang dikehendaki itu semakin banyak dan dekat.:)

Saturday, August 20, 2011

Kau laksana bulan

Maraton cerita ni boleh buatkan tersengih-sengih sorang-sorang kat depan laptop. Mulalah nak berimaginasi dan merasakan watak tu adalah watak diri sendiri.

S, kau tau tak aku bayangkan kau masa tengok cerita ni. Tapi mungkin kau bukan yang seromantik dalam cerita tu lah. Tapi aku rasa aku dalam fasa angau sebentar.

Semoga kau gembira hari ini. :)

Monday, August 15, 2011

Susahnya

Aku senyap hampir 3 hari. Hilang tanpa sebarang pesanan untuk S. dan akhirnya dia bertanya kemana aku menghilang sunyi tanpa berita. Mesej yang ringkas tapi buat aku tersenyum.

Bukanlah aku sengaja, aku membaca setiap status FB dia cuma mahu senyap sahaja. Mahu melihat dia sedar atau tidak bila aku tiada. Pertanyaan aku tidak kau jawab semalam. Takpelah, biar aku jawab sendiri. Kau rindu nak aku kacau kau kan?

Hari ini dia senyap di timeline. Mesti banyak kerja lah tu sehingga tak sempat nak merepek di situ.

Hari jadi kau bakal menjelma. Hadiahnya aku dah sediakan. Tunggu masa untuk hantar saja.

:)

Sunday, August 7, 2011

Doa

Aku pohon pada tuhan untuk tunjukkan apa yang sebenarnya. Aku tak tahu apa yang berlaku sekarang adalah petunjuk yang tuhan berikan, tapi jika benar, terima kasih tuhan. Jika tidak, tidak apa. Aku ok saja.

Terima kasih kerana buat aku tersenyum.




Sunday, July 31, 2011

Tiada rela

After putus kasih untuk kali pertama, aku ambil masa 2 tahun kot untuk bekukan hati sebentar. Bagi aku tidak adil untuk sesiapa yang aku terima di kala hati aku tak pulih sepenuhnya. Aku tak nak jadikan dia rebound saja. Maka 2 kali huluran kasih aku tolak sebelum bercambah dalam hati masing-masing. Maksud aku hati merekalah sebab hati aku memang tiada perasaan. 

Kemudian sampai masanya, aku betul-betul rasa dah bersedia, aku berdoa masa tu, " Tuhan, tunjukkanlah yang terbaik untuk aku". Dan ketika itulah muncul S tanpa di duga. Aku yang susah nak percaya pada orang terutama yang cuma melibatkan alam maya ni bertukar rasa. Salam dihulurkan aku layankan. Aku sendiri pelik dengan diri sendiri ketika itu. 

Aku bertahan setahun berkenalan, berhubung, berkongsi cerita tanpa langsung tahu siapa nama betulnya, apa kerjanya, bagaimana orangnya. Perhubungan rahsia. Tiada yang tahu kerana aku sendiri takut dengan penerimaan orang lain. Pastilah ada yang menghalang. 

Tapi sekarang, dia bukan insan misteri lagi kerana sering saja muncul tapi cukup untuk timbulkan kontroversi kerana semua orang terkejut bila dia tiba-tiba muncul.

Dalam hati, aku rasakan inilah yang Tuhan tunjukkan pada aku. Walau apa pun, hati orang kita tak tahu. 

Baik, rapat, tapi tak semestinya bersatu.

Tuhan, tunjukkanlah.

Saturday, July 30, 2011

ENTAH

Tempoh hari aku katakan pada seseorang, " Saya tak tahulah kalau tiba-tiba dia cakap pada saya dia nak kahwin". :((

Gile. Dia yang bukan milik sendiri tapi nak rasa sedih. Sekarang membaca dia digosipkan dengan seseorang pun aku nak rasa merajuk. Nama wanita lain yang disebut oleh teman-teman rapat dia.

Sudahlah. Berhenti mengharap.

Tuhan, jangan diuji dengan rasa begini. :(

Monday, July 25, 2011

Change

So, I decided to change the url. Tiba-tiba ada rasa ketidakselamatan di situ. Punyalah beranonymous, tapi tiba-tiba ada rasa sangsi. Tak apalah, malas nak berkecohan bila yang ditulis adalah sesuatu yang tidak diceritakan di dunia yang nyata. Kisah yang tidak pasti dan kadang-kadang ada rasa benci macam poem 10 Things I Hate About You.

I want to put the ending tapi how? Susah bila terattach terlebih sikit. Ok, aku harap lepas ni semangat kuat sikit untuk kurang berkomunikasi terutama di FB, dan kau pun S, jangan dekat dengan aku sebab aku tak nak terus terjatuh cinta dengan kau ok? Sebab nanti, bukan kau yang teruk, tapi aku ni yang bermain perasaan. Benci.

Aku tak benci kau. Tapi, tunggulah sampai aku boleh kawal hati aku pada kau. Aku bersalah ada rasa begini pada kau.

:(

Sunday, July 24, 2011

Jauh di mata, dekat di hati

Tadi bercerita dengan seorang kawan lelaki, dia mengatakan perempuan senang sebab mesti nak lelaki idaman macam Aaron Aziz. Nak buat macam mana, sekarang ni muka Aaron je asyik keluar TV. Kemudian aku menjawab, aku memanglah suka tengok Aaron tapi takdelah sampai tahap mengimpikan lelaki seperti dia. Bagi aku semua lelaki berbeza dan suka pada Aaron bukan tahap jatuh cinta pun.

Aku mahukan seorang lelaki yang mampu buatkan aku tersenyum. Yang mampu bercakap mengalahkan aku yang banyak cakap. Yang jauh tapi terasa dekat. Yang selalu berikan aku kejutan. Haha. Gile beranganlah ni.

Cik Ainon dalam Stanza Cinta ni gile agaknya. Tak pernah lagi aku dengar kisah cikgu yang tak puas hati dengan anak murid sampai jumpa bomoh segala. Memang mental agaknya.

Friday, July 22, 2011

Pelik

I love him long before I met him. Sebelum saya tahu nama penuhnya, kerjanya, wajahnya. Aku jatuh cinta pada orang disebalik kata-kata yang diberikan. And It's killing me now after I meeting him. Pelik, aku tahu pelik. Pertama kali aku sedar saya jatuh cinta pada orang di sebalik kata-kata tersebut, teman serumah ketika itu mengatakan itu mustahil berlaku. Itu kerja gile. I know, tapi aku hanya tersenyum seorang diri di dalam bilik ketika itu walau mereka di luar sedang mahu mencekik aku kot ketika itu. Hahaha. Priceless pandangan semua orang ketika itu. Aku tahu mereka takut aku mengejar bayang-bayang yang salah kerana selama aku dengan mereka, mereka tak pernah dengar kisah aku jatuh cinta.

Dan sekarang, aku berpijak di bumi yang nyata. Tidak mahu berharap pada dia, meletakkan jarak bila perlu. Tidak mahu mengejar. Tapi terima kasih S. Aku jatuh cinta sebelum kenal kau yang sebenar lagi.

:)

Friday, July 15, 2011

4 in the morning

Terjaga awal gara-gara tertido awal. Hai si badan, memang suka macam ni kan. Kau nak juga tidur on time, tertidur awal, terbangun awal lah, tertidur lewat, sangatlah lewat kau nak bangun. Perkara pertama bila terjaga tadi aku terfikir, " S, kau dah bangun ke?". Hampir-hampir nak hantar mesej dah tadi tapi cam ada segan pula walau aku tahu dia selalu bangun awal macam ni. Tapi nak dijadikan cerita, dia memang bangun awal sebab siap buat status kat FB lagi.

S, kau dengar aku panggil ke tadi?

*perasan sebentar*

Takpelah Ann, kebetulan saja kot.

Tuesday, July 12, 2011

Distance

So I met S last Friday. Tidak plan, 2 jam sebelum berjumpa baru diajak. So I said yes to him. Dia datang ambil di rumah kawan, keluar dinner dan melepak di Tutti Frutti selepas itu. Kawan aku bertanya, "Rasa apa bila jumpa dia?". Jujur aku menjawab, " Saya berdebar-debar". Hahaha ya, boleh gelak sekarang. Tapi betullah, sama saja perasaan macam setahun lepas ketika pertama kali berjumpa dengan dia. Tapi kali ni dah banyak perkara boleh borak sebab dah semakin kenal kan. Ok lah. Kawan aku pun cakap he is nice man.

Tapi kemudian, aku pula ada masalah jiwa bila tiba-tiba rasa takut untuk terus bermain dengan perasaan sendiri. Maka aku decided untuk tak berhubung dengan dia lagi. Aku balik pun tak cakap pada dia. Tahulah dia mana nak cari berita pasal aku. Almost 2 days tanpa berhubung, sampailah semalam dia komen di FB aku. Perkara biasa, sama seperti dulu. Tapi, takpelah, mungkin kerana tak nak kecewa teruk, maka biarlah aku keep distance sikit dari dia.

Lagi pun ayat terakhir aku pada kawan aku, " Saya tak tahulah kalau dia tiba-tiba cakap nak kahwin nanti, tak tau perasaan nanti".

Haih hati. Janganlah begini. Jangan bermain api.

Tuesday, July 5, 2011

Jawapan tak pasti.

Bukan mahu merajuk, tapi aku rasa kecil hati kot dengan S. Kalau dia boleh ignore aku, kenapa aku tak boleh buat perkara yang sama pada dia kan? Entahlah. Mungkin kerana aku yang terlalu mempersonalkan hubungan kami. Aku beri peluang untuk dia masuk dalam kehidupan aku, berkongsi apa yang aku tak pernah kongsi dengan orang lain, tapi bila aku tak dapat perkara yang sama dalam kehidupan dia, aku mula rasa seperti kehadiran aku dalam hidup dia tiada makna.

Seriusly penat sebenarnya bermain perasaan yang tak pasti. Tapi entahlah, kisah semalam buatkan aku rasa nak buat tak nampak dia kot. Aku nak dia rasa apa yang aku rasa bila dia buat aku macam tu. Aku tak nak memberi lagi, aku nak jadi yang menerima. Susah ke untuk dia untuk cakap apa yang sebenar dalam hati dia. Kenapa macam nak main-mainkan aku?

Dan yang paling aku rasa kecewa sebab dia buatkan semua ni public kot. Yang mana aku perlu menjawab dengan semua orang, " Korang ni ada apa-apa ke?".

Kenapa tanya aku, tanyalah dia. Dia ada jawapannya.

Aku penat S. Mungkin kita perlu time off buat masa sekarang.

Wednesday, June 29, 2011

Dia yang baik

Maka, sudah 2 hari sudah di attack dengan soalan yang sama dari kawan-kawan bila berjumpa.
So, betullah korang dah together?
Dan kalau 14 kali soalan di tanya, 14 kalilah jawapannya, "Tak, kami masih kawan-kawan saja". Kemudian muncul perbualan dibawah,

F     :  "Habis tu kenapa awak aminkan bila kami cakap awak dan dia?".
Aku : "Perkara yang baik, mestilah kita aminkan".
F     : "Maksudnya awak cakap, berkahwin dengan dia adalah satu perkara yang baik?"
Aku : "Ya, berkahwin dengan dia adalah baik. Dia baik, dan saya selesa"

Memang aku dah agak dah kawan-kawan mesti akan bertanya kisah aku dengan S berdasarkan pemerhatian mereka tentang hubungan kami di FB. Tapi macam aku selalu cakaplah, perhubungan perlukan 2 pihak, kalau aku nak tapi dia taknak, tak kan terjadinya hubungan tu. Dan lebih selamat kalau aku cakapkan kami masih dalam proses kenal hati budi masing-masing. Selesa itu ada.

Walau apa pengakhiran hubungan aku dengan dia, aku tak kan kesal kenal dia.:)

Sunday, June 26, 2011

Sesat

S sent me a msg about something and I replied, "Nak I pergi ambil ke? Kat mana?" Bunyinya macam impossible je sebenarnya kalau dia in hurry tapi boleh je pergi kalau memang dia perlukan bantuan. Kemudian aku bertanyakan lokasi yang sebenarnya adalah lokasi yang sukar untuk dapatkan taxi mahu pun bas. Kakak dah mula telefon kawannya yang berada berhampiran untuk minta tolongkan, tapi nasib baiklah selepas itu S mendapat kenderaan untuk pulang. Kami dah fikir macam manalah budak ni boleh sampai ke tempat tu.

Nak dijadikan cerita, masa bercerita pada ibu dan kakak saya bahasakan dia sebagai kawan. Kemudian kakak berkata, " S ke?". Ouch, kenapa sekarang apa saja yang berlaku mesti orang akan teka si S tersebut. Dulu masa kat uni pun sama, bila handphone berbunyi, kawan-kawan mula meneka S yang call. Macamlah tiada orang lain kan? Tapi tadi kakak dapat teka dengan tepatlah walau sebenarnya dah lama tak bercerita tentang S pada kakak. Last cerita tentang S ketika kakak curious tentang S yang selalu muncul di FB. Dah berbulan-bulan kot, tak sangka dia masih merasakan aku dan S rapat.

Dan S, jaga diri ok? Janganlah berani sangat berjalan-jalan, nanti sesat lagi. Saya tiada untuk tolong awak tau?

Wednesday, June 22, 2011

Pertanyaan

Orang selalu cakap,
Kalau tak tanya, macam mana nak tahu?
Tapi, tahukah semua orang yang nak memulakan sesuatu pertanyaan itu adalah perkara yang susah untuk dilakukan? Tambah lagi untuk hal-hal yang agak urm abstrak juga bunyinya. Si S outstation lagi minggu ini. Minggu lepas ke tempat yang hanya sejam saja dari rumah aku. Itu pun dia ada main-main cakap nak datang rumah. Main-main je pun aku dah tercabut jantung. Hahaha. Tapi sebab aku faham dia datang ketika hari bekerja, dan perlu pulang segera kerana hari esoknya masih bekerja, maka tiada maknanya nak datang rumah aku walau sekejap.

Tapi semalam dia cakap lagi, hujung minggu ini outstation lagi. Pun berdekatan dengan rumah aku. Selama ni pun dia selalu outstation, tapi tak pernah pula cakap, tapi mungkin sebab berkedatan dengan tempat aku dia cakap. Tapi, kau cakap sebab nak jumpa aku ke? Aku tak dapat nak tafsir apa disebalik information yang kau sampaikan tersebut. Cubalah berterus terang sedikit supaya aku dapat bersiap sedia.

Tapi, itulah kan. Sebab kau datang atas nama kerja, maka kerjalah kot. Lagi pun tak tahu kali ni dia drive ke tidak. Atau ada kawan dia di situ atau tidak. Banyak nak tanya, tapi macam aku cakaplah, nak bertanya adalah sesuatu yang susah.

Dan S, gambar baru buatkan aku tersenyum. Jangan nak rasa diri Aaron Aziz lah buat begitu. Kau dah cukup kacak untuk aku.:)

Saturday, June 18, 2011

Penat

It hurts to see someone giving their worst to you and their best to someone else. -
 The Notebook

 Tak tahu kenapa, tapi apa yang kau buat tadi aku rasa sangat kejam untuk aku. Kalau ikutkan hati, aku patut cakap good nite saja walau sekejap lagi untuk ke jam 12. Nampak sangat kau nak menolak aku untuk menjawab panggilan yang lain yang menunggu jam 12. Kau bagi alasan lain yang tak logik macamlah aku ni budak yang umur 5 tahun untuk kau tipu.

Selepas apa yang berlaku, ini pertama kali aku sangat sedih dengan kau. Takpelah kau, malas nak fikir. Tapi sebab aku perlu luahkan semua supaya dapat tidur, aku tulis di sini. Kau tak kan dapat baca dan aku tak nak kau cakap aku merosakkan kegembiraan yang kau alami.

Enuff lah. Semoga telefon aku tidak muncul nama kau esok. Dan aku pun tidak akan mencari selagi hati tidak tenang dan menerimanya.

Thursday, June 16, 2011

Suatu masa

Semalam di berkata sedang mendengar cover lagu Suatu Masa selepas terjaga dari tidur. Dan selepas dia tertidur semula, aku pula mendengar semua versi lagu tersebut dan menghayati bait lirik lagu tersebut. Indah kan lagu tersebut?
Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
 Angin lalu sampaikan
Rasa rindu yang membara kepadanya 
Aku lebih suka bila ada orang ceritakan tentang lagu yang dia sedang dengar dan suka. Ingatan pada seseorang tentang lagu-lagu yang didengari adalah lebih kuat. Cuba bayangkan, kau tengah drive kereta dan dalam jam, tiba-tiba radio putarkan lagu yang yang si dia berikan pada kau. Mesti kau akan tersenyum sorang-sorang.

Thank you awak. Walau sekarang terpaksalah semua orang dengar lagu ni dipasang berkali-kali. :)
 

Tuesday, May 31, 2011

Jangan pernah berubah

Sambungan...

Bak persoalan Asmara tadi, " Kenapa kita ditakdirkan untuk menyayangi tapi bukan untuk bersama?". Itulah yang terjadi pada kisah dia dan kawan baik. Jawapan yang telah diduga cuma reaksinya berlainan. Si bf tidak mahu mereka terus putus tanpa khabar. Biarlah mereka seperti biasa walau si bf memilih untuk bersama dengan yang lain. Peritnya ketika itu. Tapi hati perlu juga kuat. Kalau sayang bagaimana pun, bukan bermakna akan dapat bersama. :)

Fast forward, sekarang sudah 4 tahun selepas peristiwa dahulu. Dia juga sudah kembali ke tanah air. Dan mereka masih sama seperti dahulu. Masih boleh bergelak ketawa bersama-sama seolah-olah tidak pernah ada apa berlaku antara mereka. Ada kala terkeluar cerita tentang kisah mereka, tapi tiada kesedihan, cuma mengingat kisah lama.

Beberapa hari lepas si ex-bf bercerita tentang masalah dia yang tidak tahan dengan LDR. Yang terkejutnya bila si ex-bf cakap, " Ini karma kan wak?". Dia terdiam tidak menjawab. Mengiya atau menidakkan. Cuma terkenang kembali saja apa yang pernah terjadi.

Karma..mungkin. Tapi dia tetap doakan yang terbaik untuk si dia yang pernah bertakhta di hati. Jangan jadikan pengorbanan saya dulu sia-sia wak. Bahagialah, jangan pilih jalan derita.

Hubungan jarak jauh

5 tahun dulu, dia jatuh cinta dengan kawan baiknya sendiri. Tidak merancang pun untuk jatuh cinta, dan melawan perasaan ketika itu adalah amat sukar. Setahun selepas itu jejaka yang diminatinya mengaku sukakan dia juga. Ketika itu terasa diri berada diawangan. Siapa tidak suka bila orang yang dicintai selama ini punya perasaan yang sama juga.

Tapi, ketika itu 2 minggu dari tarikh dia akan terbang ke negara yang jaraknya 7892.46KM dari Malaysia. Tapi mereka mencuba juga. Kata orang, 3 bulan pertama adalah yang paling sukar. Kalau mampu survive 3 bulan ini, Insya Allah akan dapat survive lah untuk seterusnya. Sukar, tapi mereka mencuba. Si bf akan muncul di YM setiap Jumaat sebelum pergi solat Jumaat. Dan setiap hari, pasti akan cuba untuk berhubung walau pun pendek. Panggilan telefon setiap minggu juga wajib. Dan kadang-kadang akan adanya nota-nota ringkas yang ditinggalkan jika salah seorang tiba-tiba online. Indahnya perasaan ketika itu.

6 bulan kemudian, dia mula berfikir tentang sesuatu apabila si bf seolah-olah sunyi di Malaysia. Tiada teman untuk diajak keluar bersama. Dia sedih melihat si bf ketika itu. Maka dia tidak mahu si bf merasa bersalah jika keluar dengan orang lain, maka dia menyuruh si bf membuat keputusan ketika itu. Memilih antara dia atau pun si perempuan yang dapat temankan si bf dia Malaysia ketika itu. Dan katanya, kalau mahu pilih si perempuan di Malaysia, jangan cakap jawapannya. Cukup sekadar pergi saja dari hidup, jangan hubungi dia lagi dan jangan patah balik. Just walk away...

Bersambung

Friday, May 27, 2011

Tempoh bukanlah faktornya

Korang pernah alami tak situasi bila korang buat silap, dan korang bercerita pada someone tapi bukanlah korang nak orang tu marah semula sebab buat silap, tapi korang cuma nak bercerita tanpa di judge? Dan korang pernah tak rasa sakitnya hati bukan sebab silap yang korang buat tu, tapi hati lebih sakit bila orang yang korang bercerita tu yang marah korang tanpa tahu kisah sebenarnya? Dan buatkan korang rasa guilty gile?

Aku pernah ceritakan pada seorang kawan bila dia bertanya antara A dan B, siapa yang jadi pilihan sebenarnya. Si A adalah orang yang dah berbelas tahun kenal, dan memang rapat, yang sanggup buat apa saja lah. Dan Si B pula yang baru kenal 2 tahun, rapat juga. Dan aku katakan pada kawan aku, antara mereka berdua, aku pilih B walaupun baru kenal. Sebabnya hanya satu, B buatkan aku selesa bercerita tanpa di adili. Dan B tak pernah buatkan keadaan aku yang teruk menjadi lebih teruk.

Contohnya, pernah terjadi satu ketika aku termakan kek yang dah berkulat tanpa aku sedari. Dah nak makan sampai habis kot baru ternampak ada kulat kat bahagian bawah cheese tu. Aku ceritakan pada kedua-duanya tentang hal itu. Dan ini respon dari kedua-duanya,
A - " Kenapa tsk check dulu sebelum makan? Ish awak ni, lain kali hati-hati dulu"
B - " Kulat pun nak hidup dalam perut awak.hahaha"
Nampak tak perbezaan kedua-dua respon tersebut. Bila kau buat silap, memang pasti kau bukan mahu orang buatkan kau rasa bersalah lagi. Cukuplah dengan rasa bersalah yang kau dah ada tu, jangan tambah lagi. Kalau kau tak boleh nak selesaikan masalah yang dah terjadi, jangan tambahkan lagi.

So itulah sebab kenapa kalau diberi pilihan aku akan pilih B.

Thursday, May 26, 2011

Tulang rusuk kanan

Rasminya dah habis belajar. Maka sekarang menunggu masa untuk dicampak ke mana-mana sahaja. Aku ada sebulan lebih kot untuk melepak-lepak dan menternak lemak di rumah kalau mahu. Semalam ada seorang Junior  cakap, "Kawenlah dulu" bila aku cakap aku akan menanam anggur dahulu. Dan aku menjawab, " Kalaulah ada orang yang mahu berkahwin dengan saya bolehlah kahwin".

Jatuh cinta bukan maknanya kau bercinta. Bukan maknanya kau punya orang yang boleh kau rancang masa depan bersama. Perhubungan itu melibatkan dua pihak. Kalau yang satu lagi tidak mahu, perhubungan itu tak kan menjadi kenyataan dan aku tidak mahu berangan untuk perhubungan yang tidak ada itu. Bukan tidak berusaha, tapi mungkin belum masanya.

Mak buat pertama kali berbunyi bila pula giliran aku untuk bercakap tentang perkahwinan sendiri. Bukanlah dia memaksa untuk berkahwin, mungkin sebab dia tak pernah dengar kisah aku dengan sesiapa. Aku budak yang baik yang tak bercinta zaman belajar sebab mak cakap dapat degree dulu baru nak bercinta.

Dan sekarang, mari terus menunggu si tulang rusuk kanan muncul.

Tuesday, May 17, 2011

Takdir

Saya masih ingat kamu. Kita berpisah bukan kerana selisih, namun takdir memilih -
Nizam Bakeri
 Pertama kali putus cinta 4 tahun yang lepas, bukan kerana aku dan dia bergaduh. Takdir menyebabkan kami memilih untuk bersama lagi walau perasaan sayang tersebut masih ada. Dan mungkin kerana itu, sehingga sekarang kami masih berkawan rapat.It was hard at first. Bayangkan kau masih sayang dia, tapi dia bukan milik kau lagi dan kau perlu ajar diri untuk tidak terus bergantung pada dia. Ayat terakhir perhubungan kami dulu,
Jangan sia-siakan pengorbanan saya.
Tapi sekarang, semua perasaan dah tiada. Bukan seperti dahulu lagi. Kami bebas untuk bercerita apa sahaja tapi bukan hal hubungan dia dengan gf dia atau hal hubungan aku dengan si jejaka yang bertakhta di hati sekarang. Aku pernah cakapkan pada dia yang aku sedang jatuh cinta yang hanya dibalas dengan kata "ok...." dan kemudian terus menukar topik perbualan.

Kadang-kadang bila perpisahan berlaku sebab bergaduh atau salah seorang curang, memang susah untuk lupakan. Sebab itu ada yang terus menunggu dan mengharap hubungan terjalin semula. Tapi pendapat aku, kalau kau yang memilih untuk akhirkan perhubungan tersebut, jangan pernah terfikir untuk kembali. Enough is enough. Tak kan ada penyambungnya lagi. Terima dengan redha.

:)

Saturday, May 14, 2011

Pelik

Kita namakan dia sebagai H. Yang sudah mula dikenali sejak 4 tahun yang lalu tetapi 4 tahun tak mampu membuka hati aku pada dia walau dia sudah beberapa kali mencuba. Aku tidak begitu punya rasa percaya pada dia. Setakat menjadi teman bersembang itu tidak mengapalah tetapi bukan lebih dari itu.

Beberapa hari lepas dia menghantar mesej dan menyuruh mendengar sebuah lagu Indon yang kononnya sedang hot sekarang. Lagu yang berkisar tentang hubungan percintaan jarak jauh. Dia katakan pada aku yang aku pasti sukakan lagu tersebut. Tapi balas aku, kalau 4 tahun lepas kita zaman tidak berada di bumi Malaysia mungkinlah lagu itu jadi favourite song aku, tapi bukan sekarang. Aku dah kembali di Malaysia. Bila rindu, boleh call dan txt tanpa perlu kira perbezaan waktu lagi.

Dan selepas itu dia terus bercakap yang dia tengah rindukan seseorang dan Insya Allah akan bertunang dengan gadis tersebut tahun hadapan. Respon aku ketika itu, " Eyh tiba-tiba ada si gadis ni pula". Iyelah, sebelum ni dia bercerita tentang dia menunggu seorang gadis lain, tapi sekarang dengan yang lain pula yang langsung tak pernah bercerita. Dan aku dengan gembira ucapkan tahniah pada dia. Kalau kau rasa itu mampu buatkan aku jeles, silaplah sebab dalam hati aku ada yang lain.

Tapi pelik betul aku lelaki ni. Kenapa nak gunakan cerita dengan perempuan lain untuk uji hati aku sedangkan kau sendiri dah tahu aku secara terangnya dah cakap hati aku untuk orang lain. Takpelah wahai lelaki, aku doakan kau bahagia dengan si gadis yang kau ceritakan itu. :)

Wednesday, May 11, 2011

Jatuh cinta

Kali pertama, 2005
Dengan kawan baik sendiri. Susahnya situasi ketika itu bila kau nak kekalkan jadi kawan dan dalam masa yang sama kau ada hati kat dia. Kuatnya melawan ketika itu sampailah 2007 sebelum pergi jauh si dia bertanya. Takut bertepuk sebelah tangan, soalan dijawab dengan soalan. Rupanya kami ada rasa yang sama tapi sayangnya aku adalah orang yang terlewat. Dia dah berpunya ketika itu. Tidak mahu sakiti hati perempuan lain, dan terus jadi yang ketiga, aku undur diri. Ajar hati untuk terima yang dia bukan untuk aku. Mahu berkawan semula seperti biasa adalah susah. Aku pilih untuk sibukkan diri dan mula bukakan hati untuk orang lain

kali kedua, 2011
Tidak sedar bila semua terjadi. Kami mula kenal melalui blog sejak 2009. Dia hulurkan salam perkenalan. Lelaki pertama yang buatkan aku rasa selesa selepas lelaki dalam kisah di atas. Kali pertama berjumpa, hati berdegup kencang. Tak pernah membayangkan dia bagaimana, tapi tekaan aku adalah tepat. Dia yang banyak bercakap. Tapi aku tak nampak pun dia punya rasa yang sama pada aku. Dan sekarang dengarnya dia sedang berkenalan dengan seseorang tapi tidaklah aku tanya betul atau tidak. Dengan dia memang beri keselesaan. Tidak ada istilah aku nak marah atau merajuk bila dia abaikan mesej aku. Tapi rasanya aku perlu mula jauhkan diri dari dia supaya hati tidak begitu terluka nanti.

Dua kali jatuh cinta. Dua kali hanya mahu melihat dari jauh. Maaf, aku tak kuat untuk akuinya. 

Saturday, April 16, 2011

Polis perempuan.

 : Jika wanita bertanya kepada kamu, jawablah dgn jujur. Krn kemungkinan besar dia bertanya karena dia telah tahu jawabannya.
 Tempoh hari pun ada menulis ayat yang lebih kurangnya sama. Perempuan ni macam polis. Kadang-kadang bukannya tak tahu, tapi buat-buat tak tahu sebab nak lelaki tu mengaku sendiri. Dan lelaki, kalau tak buat salah kenapa nak takut kan? Kalau yang buat salah je akan takut dan nak putar soalan macam lah orang tak tahu.

So yeah, dahlah dengan drama-drama swasta kau tu. Aku ni mati-mati percaya apa kau cakapkan, tapi rupanya tipu je. What the......

Menyampah. Kalau macam ni, baik tak yah mesej. Sakit hati je.

Sunday, March 27, 2011

Berikan saya masa


Berikan saya masa.

Posted: March 28, 2011 by Cik NOha in Uncategorized
“But if you wanna leave, you can. I’ll remember you though, just like I remember everyone that leaves.” -
LILO & STITCH
Kata saya pada Along, mungkin saya sedang dalam fasa menjaga hati sendiri setelah penat makan hati sendiri. Bila orang yang saya percaya selama ini akan dapat menjaga hati saya, tapi akhirnya setiap perbualan pun akan berakhir rasa sakit dalam hati, saya akhirnya pilih untuk tak bercakap. Cukuplah dulu. Cukup sampai hati saya betul-betul pulih untuk disakiti lagi.
Saya tak lari. Saya ada. Tidak sembunyi. Cuma perlu masa. Saya tahu dia mungkin tidak sedar dia sakiti hati saya kerana kami rapat, dan saya tahu dia ada reason disebalik sikapnya yang begitu. Bukan tak cuba untuk terima. Saya cuba untuk cakap pada hati, ” Ann, sabar Ann” . Tapi saya memang tidak cukup sabar. Maaf, berikan saya masa. Saya tidak mahu jatuh dan mati.
Saya nak kita selalu gembira. Saya tidak mahu lagi pengakhiran perbualan kita tergantung kerana saya yang pergi begitu saja. Saya yang tak cukup kuat untuk terus bertahan. Saya dah rapuh. Kuatnya saya dah hilang setelah sekian lama asyik dimakan. Saya mahu cari kuat saya semula, kuat untuk terus berjalan dengan kamu seperti dahulu. Saya mahu kita yang dulu. +_-
“I’ve learned that people will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel.”

Tuesday, March 22, 2011

2 duri

Lama tak menulis di sini. Bukan tak rindu, tapi entah. Mungkin hilang kata-kata nak menulis di sini. Banyak sangat yang berlaku sejak beberapa bulan ini.

Dengan R semakin rapat. Ramai yang mula bertanya apa hubungan kami. Dah rasa macam nak record je jawapan yang kami hanya kawan. Dan sekarang cuma pada tahap selesa berkawan sahaja. Dan dia punya pemikiran yang berbeza dari orang lain. Mungkin faktor usia yang lebih dewasa agaknya. Tapi lebih baik begini, tak perlu ada komitmen apa-apa. Kalau memang kita ditakdirkan berdua, kita kahwin saja ok R?

H pula muncul kembali. Tapi aku mula berhati-hati dengan dia. Bukan mahu percaya apa cerita yang didengar dahulu, tapi better berhati-hati kan? Tapi yang parahnya bila dia macam nak cakap dia suka aku, dan aku tetap buat hati kering. Aku tak nak ada apa-apa dengan dia. Dahlah tak pernah jumpa, dan tak rasa pun nak berjumpa. hahaha. ok, ini part aku yang jahat. Kalau ditakdirkan berjumpa pun, confirm aku akan ajak sape-sape je teman. Takde makna aku nak pergi jumpa dia seorang.

Haih lelaki. Pening sekejap