Sunday, January 22, 2012

2012

Sudah 2012.

Permulaan 2012 yang terlalu banyak drama. Penat sehingga memang betul-betul tahap mahu letak titik noktah. Tak cukup kuat bila ujian yang muncul adalah sama. Orang kata, kalau dah ujiannya sama, pasti tahu cara untuk selesaikan, tapi ianya tidak.

Ianya menjadi trauma sebenarnya.

Trauma yang menghantui kehidupan. Nasib baik tidak terjejas bila kerja. Kalau tidaklah, habislah diberi surat amaran. Tapi setiap malam perlu tidur dengan keadaan tertekan. Bangun tidur pun dalam keadaan yang tidak terurus. Kerap kalli tidur dalam tangisan.

Tidak tahu sampai bila akan bertahan. Tapi rasanya memang tak lama.

Hati dah pecah seribu.

Sunday, December 18, 2011

Perasaan apakah ini?

Bila keputusan untuk lari dan membunuh perasaan tersebut, aku dan dia semakin rapat. Kadang-kadang terfikir, "Tuhan, dugaan apa yang mahu aku lalui ini?". Tapi kali ini lebih baik dari sebelumnya. Tidaklah terus tenggelam dalam perasaan sendiri, cuma kadang-kadang angin monsun rindu itu menjelma. Angin berangan mahu habiskan sisa hidup bersama. Tapi cepat saja untuk kembali ke dunia realiti.

Hari ini dia ke luar negeri. Lebih tepat ke Malaysia Barat. Ada kerja yang perlu diselesaikan dalam beberapa hari. Pemergian yang dihantar oleh seorang kawan perempuannya. Tidak tahu apa perhubungan mereka. Bagi aku agak rapatlah kot. Situasi inilah yang sering buatkan aku terasa kecilnya diri.

Enggang terbang sama enggang. Mana mungkin pipit dapat terbang bersama
Kalaulah dapat dilihat apa terjadi di masa hadapan, mungkin kita tidak menjadi orang mensia-siakan peluang yang ada di depan mata kan?

Monday, November 14, 2011

Pengakhiran

Apa yang terjadi bukan seperti dalam gambar. Imaginasi aku sahaja begitu. Aku bukan yang berani untuk berterus terang.

Kata aku pada seorang kawan, aku terlalu penat bermain dengan perasaan ini untuk dua tahun ini. Setahun dia menjadi perkara dalam hidup tanpa pernah orang tahu, dan setahun lagi dia menjadi fenomena dalam kehidupan aku bila dia tiba-tiba muncul. Kemunculan yang menimbulkan tanda tanya ramai orang.

Satu perkara yang dia dan orang lain tidak tahu, aku sukakan dia sebelum aku berjumpa dengan dia lagi. Ketika itu sukakan insan disebalik kata-kata yang diucapkan. Dia yang mampu aku tersenyum seorang diri di hadapan laptop setiap kali membaca kiriman yang dihantar. Aku bukan sukakah dia kerana rupanya, atau kerjanya. Tapi kerana dia itu sendiri.

Tapi aku merasakan kami seperti enggang dan pipit. Kami tak mampu terbang bebas bersama. Dia berada terlalu tinggi untuk aku capai, dan aku hanya insan kerdil yang dilihatnya dari atas sana.

Akhirnya, aku mahu buang perasaan ini. Biar patah hati sekarang daripada aku terus menyubur perasaan dan akhirnya lukanya makin parah. Sekarang pun lukanya sudah parah.

Pernah terfikir kalau dia tanya pada aku siapa penyebabnya, mahu saja dijawab "Awaklah orangnya". Tapi itu sekadar dalam fikiran. Di mulutnya aku hanya mampu terdiam dan berpura tersenyum.

Thursday, October 20, 2011

Sebulan

Hampir sebulan tidak menulis rupanya. Sebulan yang memenatkan. Ketahanan mental dan emosi yang kuat diperlukan walau adakalanya aku sendiri kalah. Tapi terima kasih tuhan kerana berikan orang-orang yang tak pernah jemu untuk ada bersama-sama walau ada kala aku seperti berada pada titik bawah kehidupan.

Secara rasminya sudah mula bekerja sejak 3 Oktober lalu. Pada dia pernah aku janjikan untuk belanja makan bila menerima gaji pertama. Tapi, adakah ada masa untuk kami berdua bertemu lagi?

Cuba untuk tidak bermain dengan hal hati dan perasaan lagi. Nantikan diri sendiri yang terbakar.

Thursday, September 22, 2011

Terima kasih

Ada satu malam-malam yang tiba-tiba tak dapat tidur setelah melepasi waktu tidur sebenar. Seorang kawan bertanya,
Sleeping problem or missing someone?
Terkejut dengan soalan tersebut dan aku menjawab, "Missing someone :)". Selepas itu aku menghantar satu pesanan ringkas pada dia, "Awak dah tidur?" Tak tahu lah apa yang aku fikirkan menghantar pesanan pada jam 2 pagi kepada dia. Nak undo pun dah tak boleh kan. Redha je lah.

2 malam lepas pula hati tak tenang kerana ada masalah. Sama juga, tak dapat tidur tapi kali ini bukan pesanan ringkas yang dihantar tapi satu mesej di FB, tapi nak dijadikan cerita, at the end of the message aku menulis, "Awak, cepatlah bangun".

Memang minggu ni 2 3 kali agaknya ada yang nak hempuk kepala sendiri kat dinding. Tak tahu apa yang difikirkan bila menulis semua pesanan tersebut. Mungkin tindakan luar kawalan.

Tapi, terima kasih awak kerana sudi melayan.

Saturday, September 17, 2011

Kurang gemar

Satu perkara yang aku kurang gemar adalah apabila ada yang sebarkan apa yang aku tulis tanpa kebenaran dahulu. Aku tahu ini adalah harga yang perlu dibalas bila menulis, tapi bukankah sesiapa yang membaca tahu yang aku bukanlah mahu satu dunia tahu yang aku menulis di situ.

Tambahan bila yang aku tulis adalah berkaitan seseorang. Dan ia diberi pada seseorang tersebut. Tak kan lah nak kena private kan blog pula kan hanya kerana ketidakselesaan tersebut? Penatlah begini.

Nak marah kawan sendiri. Tapi yang dah berlaku tak boleh undo semula.

Wednesday, September 14, 2011

Abang

Ada orang pernah kata, untunglah kalau ada seorang yang tak pernah jemu dengar kita bercakap walau banyaknya adalah merapu. Aku ada kawan yang begitu. Aku membebel lah apa saja walau pasal isu yang kecil mahu pun besar, dia tu dengar je lah dengan redha nya. Tak pernah lagi dia suruh aku stop bercakap.

Dan seorang lagi pula adalah yang selalu berikan pendapat tentang sebarang permasalahan yang aku hadapi. Pendapat dari seorang yang lebih tua. Mungkin ada yang bertanya kenapa aku tak panggil dia as "Abang". Jawapannya, entah. dari awal kenal memang bukan begitu, bukan kah yang penting aku tunjukkan rasa hormat pada dia sebagai yang lebih tua walau tanpa panggilan abang tersebut?

Hidup tanpa masalah seperti air tanpa gula rasanya. Tiada kemanisan yang mampu buat kita tersenyum bila mengingatinya di masa hadapan. Tapi kalau asyik menyangka masalah itu seperti pahitnya kopi, bila diingat kembali pun akan terus menggeleng kepala tidak mahu merasainya lagi.

:)