Monday, November 14, 2011

Pengakhiran

Apa yang terjadi bukan seperti dalam gambar. Imaginasi aku sahaja begitu. Aku bukan yang berani untuk berterus terang.

Kata aku pada seorang kawan, aku terlalu penat bermain dengan perasaan ini untuk dua tahun ini. Setahun dia menjadi perkara dalam hidup tanpa pernah orang tahu, dan setahun lagi dia menjadi fenomena dalam kehidupan aku bila dia tiba-tiba muncul. Kemunculan yang menimbulkan tanda tanya ramai orang.

Satu perkara yang dia dan orang lain tidak tahu, aku sukakan dia sebelum aku berjumpa dengan dia lagi. Ketika itu sukakan insan disebalik kata-kata yang diucapkan. Dia yang mampu aku tersenyum seorang diri di hadapan laptop setiap kali membaca kiriman yang dihantar. Aku bukan sukakah dia kerana rupanya, atau kerjanya. Tapi kerana dia itu sendiri.

Tapi aku merasakan kami seperti enggang dan pipit. Kami tak mampu terbang bebas bersama. Dia berada terlalu tinggi untuk aku capai, dan aku hanya insan kerdil yang dilihatnya dari atas sana.

Akhirnya, aku mahu buang perasaan ini. Biar patah hati sekarang daripada aku terus menyubur perasaan dan akhirnya lukanya makin parah. Sekarang pun lukanya sudah parah.

Pernah terfikir kalau dia tanya pada aku siapa penyebabnya, mahu saja dijawab "Awaklah orangnya". Tapi itu sekadar dalam fikiran. Di mulutnya aku hanya mampu terdiam dan berpura tersenyum.

No comments: